Allah

Saya bukan Muslim dan bukan juga Kristian.

Pada mulanya, saya tak nak ikut campur dalam bidang agama ni. Selain dari bukan penganut kedua dua agama tersebut, saya bukan juga ahli ilmu teologi.

Tetapi saya menentang akan tindakan Kementerian untuk menyekat pihak Kristian dari menggunakan perkaatan Allah.

Ini kerana saya menyokong kebebasan untuk memilih agama adalah pilihan individu dewasa. Bukan ditentukan oleh kerajaan, masyarakat dan ibu bapa.

Kedua-dua pihak masing masing bertikam lidah. Tidak kurang juga pihak Muslim yang menyokong pihak Kristian.

Bagi saya, memandangkan pihak Muslim sememangnya tidak pernah menukar perkataan Allah (Islam) kepada perkataan selepas Al-Quran diterjemahkan, mengapa tidak pihak Kristian mengalah dan menukar perkataan Allah (Kristian) kepada yang lain. Mungkin kepada Tuhan Bapa, atau yang lain.

Dengan SYARAT. Minta kerajaan malaysia memberikan PAMPASAN bagi menaggung kerugian dalam mencetak semula BIBLE dan semua perkataan Allah (Kristain) yang ada termasuk yang ada di kereta abang ipar aku.

3 comments:

Anonymous said...

Tak boleh.

Kalau hari ini mereka boleh kata tak boleh guna 'Allah', esok atau lusa entah apa lagi mereka nak buat. Mana tau nanti macam indonesia, kena guna nama indon dan tak boleh guna nama asal.

Setuju?

Anonymous said...

msian muslims r hypocrite and blind

Universal Bidayuh said...

Perkataan "Allah" sepatutnya dipertahankan oleh Kristian, perkataan tersebut telah lama wujud sebelum Islam muncul di dunia. Perkataan itu telah digunakan oleh orang Arab bagi merujuk kepada Tuhan. Perkataan "God" atau "Tuhan" tidak wujud dalam Bahasa Arab melainkan perkataan "Allah". Sebelum Islam wujud, orang Arab sudah pun mempunyai kepercayaan sama ada Animisme atau Kristian Ortodoks. Jika pihak Kristian mengalah, boleh, tapi sampai bila harus mengalah. Jika kali ini Kristian mengalah dalam menggunakan perkataan "Allah", lama-lama nanti Islam akan melarang penggunaan Salib di gereja-gereja terutamanya di luar bangunan gereja kerana jika orang Islam terpandang Salib megah berdiri di luar bangunan gereja, ia akan merosakkan akidah mereka. Begitu juga dengan bunyi loceng daripada gereja, orang Islam memang tidak suka dengar bunyi loceng, kita yang bukan orang Islam terpaksa mengalah mendengar bunyi azan daripada masjid mereka. Mungkin pengharaman penggunaan Salib dan bunyi loceng daripada gereja-gereja belum lagi dikuatkuasa di Malaysia, tetapi ia telah dikuatkuasakan sejak sekian lama di negara-negara Arab. Kami, orang Kristian di Malaysia tidak mahu perkara seperti itu terjadi di Malaysia suatu hari kelak. Oleh itu, kami bukannya tidak mahu mengalah, tetapi itulah hakikatnya.