
Sorry to say. Tapi kami dari Permyjaya Miri amat memerlukan jambatan kedua dan pelebaran jalan bagi menghubungkan BANDAR BARU PERMYJAYA dengan Pujut 7. Dengan kehadiran ribuan penduduk, jambatan dan jalan yang ada sekarang tidak dapat menampung jumlah kenderaan yang ada.
Saya seringkali mengajukan soalan ini kepada beberapa YB di Miri, tapi sampai sekarang tiada hasilnya. Jawapan yang sering didengar amat menyakitkan telinga. Belum ada peruntukan.
Saya bukan nak menyelar sesetengah YB di Miri. Tetapi, menurut pegawai JKR yang menelefon saya (berikutan dengan kes di TaliKhidmat), sekali lagi kita tidak diberikan peruntukan. Mereka tengah berusaha mendapatkan "peruntukan" dengan memberikan statistik sebenar akan kenderaan yang keluar masuk mengikuti jalan itu.
Bercakap mengenai peruntukan. Saya akan menuding jari dengan Kerajaan persekutuan. Kami penduduk Permyjaya meminta satu jambatan dan pelebaran jalan. Itu jer setakat ni. Bukan nak mengungkit... tapi ingatlah. Duit yang digunakan kat PUTRAJAYA tu merupakan hasil bumi Miri. Hasil dari perut tanah Miri.
Kalau mampu bina jambatan cantik - cantik di Putrajaya, takkanlah jambatan rangka besi pun tak mampu nak buat. Duit tu datang dari sini tau (walaupun bukan semuanya). Janganlah lupa daratan.
Dan yang membingungkan lagi.... Pihak pemaju perumahan - Naim Cendera mengatakan yang jambatan
baru dan pelebaran jalan akan dilakukan tahun ini. Setakat ini.. cuma parit yang sudah digali beberapa bulan lepas. Lepas tu dibalut semula oleh semak samun. Hasrat mereka untuk membina jambatan tersebut juga telah disokong oleh YB Lee Kim Shin. Saya harap YB dapat bertanyakan kepada Naim Cendera... mana jalan tu? Dah diangkut ke Mukah ker?
Jangan pulak sampai next term tak dapat angkat sumpah. Susah tu YB. Kalau dah janji tu..... kotakanlah. Kalau bukan dalam bidang kuasa YB, tolonglah tagih tagih bagi pihak rakyat yang kononnya didahulukan.
Naim Cendera pulak buat derkkk... Buat selamba jer. Untung berjuta juta. Taja macam macam event. Tapi bisnes sendiri tak pandai jaga. Tu baru satu. Kedua pula ialah CMS Road... bla bla bla. Semuanya tak guna.
Janji Naim tak ubah macam janji orang politik.
Sumber - Website Naim Cendera
Berita tersebut dikeluarkan oleh Borneo Post
Sumber: The Borneo Post Online
Kalau YB YB dari Barisan Nasional tak dapat memegang janji RAKYAT DIDAHULUKAN.. mungkin orang lain dapat.
Bertindaklah sebelum terlambat. Kalau dah masa berkempen lepas tu hantar LIPAN... masa tu tak guna. Dah basi. Boleh blah.
Sama samalah kita menyebarkan berita ini sehingga sampai ke telinga telinga Federal yang pekak tu.
Jadikan banner saya ni sebagai singature ataupun letak kat frenster ker... blog ker... apa apapun boleh. Contoh banner adalah seperti berikut
== BBCode = Untuk Forum (signature atau posting biasa)
==HTML==
Terima kasih



4 comments:
i liked your shout-out on permyjaya bridge. may i have the permission to link your post on this in my blog to spread the word?
Thank you. I fedap with this finger pointing dept/YB/Federal/State. They have no idea how susah we rakyat using that road everyday.
You may link back, use any graphic as you wish.
Hmmm...lama udah kes tuk. Agik zaman Samy Vellu keliak dah utai tuk alu endak2. Engka ngatik bulan labuh ari langit ilak.
It is actually my post.
"Hmmm...lama udah kes tuk. Agik zaman Samy Vellu keliak dah utai tuk alu endak2. Engka ngatik bulan labuh ari langit ilak."
Post a Comment