Batang Ai: Bloggers Tips

0 Links to this post



Sebelum mana-mana bloggers yang ingin memantau keadaan di Lubok Antu sempena dengan Pilihanraya Kecil ini, ada baiknya mereka bersedia sepenuhnya. Dapatkan salah satu barangan di bawah, kalau nak selamat, beli kesemuanya.

Selamat pergi dan kembali.

Allah

3 Links to this post

Saya bukan Muslim dan bukan juga Kristian.

Pada mulanya, saya tak nak ikut campur dalam bidang agama ni. Selain dari bukan penganut kedua dua agama tersebut, saya bukan juga ahli ilmu teologi.

Tetapi saya menentang akan tindakan Kementerian untuk menyekat pihak Kristian dari menggunakan perkaatan Allah.

Ini kerana saya menyokong kebebasan untuk memilih agama adalah pilihan individu dewasa. Bukan ditentukan oleh kerajaan, masyarakat dan ibu bapa.

Kedua-dua pihak masing masing bertikam lidah. Tidak kurang juga pihak Muslim yang menyokong pihak Kristian.

Bagi saya, memandangkan pihak Muslim sememangnya tidak pernah menukar perkataan Allah (Islam) kepada perkataan selepas Al-Quran diterjemahkan, mengapa tidak pihak Kristian mengalah dan menukar perkataan Allah (Kristian) kepada yang lain. Mungkin kepada Tuhan Bapa, atau yang lain.

Dengan SYARAT. Minta kerajaan malaysia memberikan PAMPASAN bagi menaggung kerugian dalam mencetak semula BIBLE dan semua perkataan Allah (Kristain) yang ada termasuk yang ada di kereta abang ipar aku.